11 September 2009

BANGKIT CHEESE & GREEN PRINCESS

Tak payah citer panjang2 jom kita tayang cookies ni, buat malam tadi dgn lepak & letih sgt tapi sronok sebab dua2 cookies sedap sangat dan menepati citaras. Sesiapa tak caye boleh cuba. Green princes ni angkut dari runah ummi, sorry ya ummi minta tumpang copy kat sini pulak ya. Sedaplah ummi biskut ni, sampai hb yg tak berapa gemar makan cookies jadi suka sangat. Cuma rupanya taklah secomel ummi punya. 1st time testing..!
Tentang Bangkit Cheese pulak ni, satu lagi cookies yg sedap sangat, copy dari rumah alongroz, thanks along kerana sudi brkongsi resepi yg best ni! Resepi asalnya dari Diana. Bangkit ni soft sangat dan lembut je bila masuk ke mulut.. tak rugilah bersengkang mata buat cookies ni. Along, kita tumpang copy juga ya..! Cuma bangkit ni tak de parutan keju atasnya, sebab kes keju dah yilek.. gi juga kedai malam2 buta tanya kedai runcit semua tak ada, kalau ada pun dah habis jadi nak buat cam no? adunan dah pun diuli last2 tabur jelah bijan..kira taklah nmpk kosong sangat. Betullah kata along, rupa tak de..tapi rasaya memang best..!!

BANGKIT CHEESE
(rasanya 200 keping ada kot)

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.Masukkan bahan2 kering.
2. Canai & terap.Tabur parutan keju atas setiap biskut.Bakar 160C 15 min.

GREEN PRINCESS COOKIES
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-
coklat masakan putih (*ummi tukar coklat) kita pun sama gak!
manik gula warna warni

Cara-Cara:-
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

4 comments:

  1. rajinnya kak am...keletihan yg amat sgt pun masih sempat buat kukis. 2 jenis lagi. bila ler sy nak serajin akak ni..?????

    ReplyDelete
  2. yeaaaaa...k.am dh wat sekut raya!! k.am dh wat dulu sekut green tuh! kita tak jadik2 nk buat! hehehe.. tumpang umh k.am jerk la! ngeeeeeee... biskut bangkit anak2 kita pong sukerrr!

    ReplyDelete
  3. >>ain: bukannya rajin sgt pong ain! ini kes tgh coti2 ni so cepat2lah buat nanti dah start trawih x de masalah ain,jawabnya kena tunggu weekend je!

    >>hana: yelah hana, nengok cam senang je tu yg jln dulu..

    ReplyDelete
  4. saya minta izizn ambek resepi ni ya terima kasih

    ReplyDelete