07 August 2009

SUP MAKARONI wif TELUR BURUNG PUYUH

Menu berbuka semalam, akhirnya dapat buat juga sup Makaroni ni, walhal nasi & lauk dah ada tapi masih nak juga buat sup makaroni ni. Ini kes terliur kejap kat rumah Nor & Hana, itu yg x sabar2 nak rasa juga. Ikutkan kat rumah ni, memang x pernah masak makaroni x kiralah sup atau pun apa sekali pun sebab hb x berapa suka. Tapi semangat nak mencuba tetap membara... tengok kat rumah kawan2 cam sedap gitu! Lagi 1/2 jam nak brbuka sempat pulak tu.. kelentong-kelentang kat dapur, dgn telur puyuh belum berebus & sambal kicap blum dibuat. Akhirnya siap gak betul2 azan brkumandang time tu.. alhamdullillah! dpt rasa juga..
sedap rupanya... hingga semua x puas, anak2 sibuk suruh buat lagi nanti. Kat rumah ni semua antu telur burung puyuh, kecuali mama dia org je yg x gemar. kalau masak sup mesti nak letak pulak tu bukannya sikit2.. x cukup nanti.

Tapi sup makaroni ni pun ditambah dengan sayur spt. carrot & kobis bunga, tambah lagi dgn fish cake & fish ball.. bagi campur semua!

Resepinya copy dari rumah nor, thanks buat nor & penyumbang asalnya. (bolehkan nor?) bab copy-mopy ni no. satu.

Bahan2
Makaroni (secukupnya) - (kita pun guna yg spiral)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil (kita pun sama, lebih lagi)
bebola daging - secukupnya ~ (kita letak fish ball & fish cake je)

2 kiub lembu/tulang rusuk ~ (samalah kita nor, ganti dgn pati ayam jer)
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon ~ (x letak pun)
sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ kita letak carrot, bunga kobis dan telur puyuh ... best juga!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng (x letak x sempat)
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ (kita juga makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi)
Segengam cili padi
garam
1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau

Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh...
(betullah tu..kita sokong! power gitu!)

3 comments:

  1. sedapnya kak am. nak buat gak. tp kena tunggu zati balik. yg lain2 x soka sgt makoroni ni.

    ReplyDelete
  2. akak pun mulanya x baper suka gak makaroni ni. tapi bila buat sup entah cam ne.. sedap pulak, kira sefamily menyukainya!

    ReplyDelete
  3. kan dah kata sedap!! dah caya kan.. kan..:)

    ReplyDelete