21 August 2009

LAPIS KACANG HIJAU

Kemas punya kemas kat ceruk dapur tiba2 trjumpa pulak tepung kacang hijau, tempohari baru luak sikit, time cuba buat tepung gomak. Sayang pulak kalau x digunakan, jadi terfikir pula nak buat Lapis kacang Hijau. Kebetulan memang suka sgt lapis kacng hijau ni berbanding dgn lapis2 yg lain. W/pun x pernah cuba lagi nekad je-lah, kebetulan resepinya pun ada.. yg dah dok lama trperap, pmberian dari mk sedara yg dok kat s'pore. Bahan2 yg lain pun memang dah ada, jadi mudahlah kerjanya..! Melapis-lah pulak kali ni ya..

LAPIS KACANG HIJAU
BAHAN

125gm Tpg kacang hijau
100gm gula pasir
150gm gula melaka
250gm tpg sagu
50gm tpg Hoen Kwee
400ml santan pekat
800ml santan cair
5 helai daun pandan
1sk garam
sedikit pewarna hijau & kuning (akak ltk hijau& merah)

CARA
Masak santan pekat/gula pasir/gula melaka & daun pandan hingga mendidih -ditapis & disejukan sebentar
Tepung 3 jenis tadi, dibancuh dgn santan cair dan dikacau rata
Masukkan pula santan yg teleh dimasak dgn gula tadi, + sdkt garam - dikacau rata
Bahagikan adunan kpd 2 bhgn - 1 bhgn dikalerkan kuning & 1 bhgn kaler hijau (atau ikut suka masing2)
Kukus 1 lapisan dlm 1/2 ~1 cwn selama 5 minit
Ulang setiap lapisan berselang-seli sehingga habis
*Disejukan dahulu baru dipotong. SIAP utk dihidangkan!

4 comments:

  1. cantik kak am lapisan mu itewww...

    ReplyDelete
  2. kak sedapnya ,sy tak pernah melapis nnti nak cuba,try,test tp santannya tu menakutkan la.hihihhi gurau aje ye kak ,psttt dah pecah dara ye ramekinnya

    ReplyDelete
  3. syioknya tengok kuih ni. Cantik. Boleh buat pattern baju raya. mesti lemak ni. bestnya.

    ReplyDelete
  4. >>nekpp :thanks dah lam x melapis ni!

    >>mimi: lapis mimi..santan ru kita blh tukar susu cair/fresh milk tapi kureng lemaklah sikir. akak pun x baper gemar santan-mantan ni benarnya! akak + fresh milk je.

    >>geraugebang : x lemak sgt tau..sebab kita blh ubah ikut style kita..kureng sikit lemak tu!

    ReplyDelete