18 May 2009

LAYANG2 KULIT POPIA

Hasil berYM dengan mimi last week, citer2 pasal popia last2 mimi suggest cuba buat layang2 kulit popia ni. Kulit popia kat dlm fridge tu, kebetulan dah memang lama bertapa so dari dia terus bertapa sekian lama cublah buat layang2 ni! Mula2 tu.. plan nak sira dgn lada tabur bijan lepas tu dah siap digoreng rasa malas pulak nak menumis lada.


Akhirnya... disira dengan gula icing + horlicks aje.. sedap! lemak2 manis gitu...
Anak2 apa lagi suka sgt...
Resepinya dari Kak Fida - MYR
Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )
Secukup kulit popiah
Minyak untuk menggoreng
Secukup gula kastor
Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat

Cara-caraAmbil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.
Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.
Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara.

2 comments:

  1. wahhhh...senang sehhh!!!!

    ReplyDelete
  2. memang senanglah ain, anak2 pasti suka rangup dan garing sgt tau!

    ReplyDelete