07 May 2009

ROTI SANDWICH BERSALAD

Nak buat roti sandwich (ala2 burger) ni, dah lama tersenarai dalam list tapi kali ni barulah terlaksana. Geram tangok gebu dan montoknya roti ni kat umah Hana jadi tergoda jugalah cuba nak membuatnya. Boleh juga buat brkfast..!

Roti sandwich ni letak daging burger, soseg, carrot, parutan kobis dan bersalad ala2 burger gitu! Anak2 kalau cam ni, memanglah suka sangat! kalau ala2 burger cam ni tak boleh buat satu adunan mahu tak mahu mesti 2 adunan punya.. baru puas dia org makan!

Resepi ambik kat MYR dari yani

Bahan-bahan ( 5 biji )
130ml air
175g tepung roti warna putih
25g tepung roti warna perang
3g butter
10g gula
12g mentega
3g dry yeast
*sedikit butter utk sapu

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. (kita uli sendiri je..)
Tumbuk-tumbuk utuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
Ambik sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan, kemudian sapukan butter ditengahnya.
Lepas tu lipat roti kepada dua. Ulang sampai habis.
Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.
Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit.

Roti ni sesuai di isi dengan apa saja yang disukai.. mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap..
Sedap juga dimakan dengan salad + cheese
Tengok tu.. entah cam ne.. roti ni tak bulat jadinya.. asyik2 nak melonjong je.. jadinya! Lonjong2-lah roti..., cam ne pun kejap je dah licin, separuh anak2 siap bawa bekal ke sekolah lagi.

3 comments:

  1. saya ni bab2 buat roti..kim salam je le. asyik x jadik je la.

    ReplyDelete
  2. akak pun mulanya x reti juga, tapi dah lama2 tu.. bolehlah! tapi masih x cntk cam org lain.

    ReplyDelete
  3. hehe kak beli BM lerrrrrr...sure cun gegiler!
    betul tu kakk..kat umah nekpp nie..msk xleh sikit2..xcukuppp..tu yg sonok nak msk2 tuh..walupon rasa penat kan kan kannn

    ReplyDelete