12 May 2009

CAPATI & DAL SAYUR

Brekfast tadi, cuma capati cicah dal sayur. Capati ni beli yg segera, cuma tinggal di goreng je dengan kuali leper. Yang dimasak Dal sayur tu aje..

Resepi Dal Sayur

(A)
1 cawan kacang dal (direndam 2 jam)
2 biji tomato
4-5 biji bendi (tak letak pun tak pe..)
2 biji lobak merah
(Bahan A di rebus hingga hancur)

(B)
3 biji lada merah (blh juga guna lada kering)
sedikit ikan bilis
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
(Bahan 'B' diblender)

1 btg kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
secubit garam
minyak (utk menumis)


Caranya
Kacang Dal, tomato, bendi & lobak semuanya di rebus sehingga empuk dan hancur.
Panaskan kuali letak sedikit minyak dan tumis kayu manis & bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bahan diblender, tumis hingga agak garing dan kemudian masukkan sayur2 dan kacang dal yg telah direbus tadi. Letakkan sedikit air (boleh juga letak santan bagi yg suka). Masukkan pula, secubit garam dan perasa dan biarkan sehingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.
**Sedap dicicah dengan capati/roti canai mahu pun roti

No comments:

Post a Comment