06 May 2009

BINGKA LABU

Bingka Labu buat untuk breakfast pagi tadi, sedap, lemak dan lembut sangat teksturnya. (Tapi separuh dah licin dah dimakan mlm tadi). Buatnya pun tak susah mana cuma kadang-kala tu dtg. nya angin malas yg semuanya jadi susah..!
Resepinya bersumber dari CMG, beliau x pun letak bijan tapi saje memandai dan menambah-nambah pulak.. tabur bijan dan parutan labu kat atas bingka tu..! tapi okey juga.. sedap rasanya!

Selalunya cik abg kita, x berapa suka kueh yg manis2 so dah agak, mesti dia x menjamah langsung tapi sangkaan akak meleset... keluar oven je.. dia nak rasa dan terus makan bnyk jugaklah! Jadi yg dlm acuan ni dah habis mlm tadi juga. Mungkin sebab panas2... sedaplah tu! (thanks buat CMG kerana brkongsi resepi ni)
Bahan-bahan ( sumber : mat Gebu)
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
(akak rebus je..nak cepat)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah
(guna acuan bunga je..) yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong. (tak menyempat sejuk dah ngap..!)

2 comments:

  1. saya ada buat gak ni, tp lum post lg. ntah kat folder mana sy letak gambo si labu ni.hehe

    ReplyDelete
  2. ye ke..? melabu-labi lah kita ye kali ni..! tulah ain, akak dah ngendap dah..ain pun buat bingka labu gak..!

    ReplyDelete